Friday 27 April 2012

MENJEJAK MISTERI BUKIT RUAI, SEBUYAU

        Bagi seseorang yang berasal dari Daerah Kecil Sebuyau yang berhampiran Laut China Selatan dan terletak di dalam Bahagian Samarahan, Sarawak saya sedar bahawa sejarah warna-warni Daerah Kecil Sebuyau dapat memberi ilham untuk menyemarakan imaginasi. Pelbagai kisah menarik mengenai Pulau Burung,Meriam Bujang Sambong,Bukit Ruai Bendera Sharif Masahor,Sejarah SK Tuanku Bagus, Sebuyau dan lain-lain menjadi sebahagian daripada tarikan ini. Sejarah Sebuyau sendiri banyak menimbulkan pelbagai mitos dan tafsiran yang memerlukan kajian yang mendalam.Bukit Ruai yang tingginya lebih kurang 555 kaki dari paras laut,menyimpan pelbagai lagenda dan sejarahnya yang tersendiri. Bukit Ruai yang dapat dilihat dengan jelas dari bilik darjah SMK Sebuyau memberi peluang kepada anak-anak didik untuk melayari impian mereka tatkala kelas menjadi terlalu membosankan. Sejarah Bukit Ruai mendedahkan bahawa kawasan bukit ini dahulu kala merupakan tempat tinggalnya sejenis burung yang dinamakan burung Ruai. Malangnya, burung tersebut tidak kelihatan lagi di situ disebabkan kerja-kerja melombong batu.
         Selain daripada kemudahan air paip yang dibekalkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya, rahmat kepada seluruh penduduk Sebuyau yang tiada ternilai ialah dengan mengalirnya air yang tidak pernah terhenti dari atas Bukit Ruai. Air inilah yang digunakan oleh penduduk Sebuyau utuk diminum, mencuci pakaian dan mandi. Jika musim kemarau atau masalah paip JKR pecah dan tekanan paip JKR rendah, tempat-tempat tadahan ini menjadi tapak pesta. Dari kanak-kanak hingga orang dewasa, masig-masing dengan gaya dan karenahnya tersendiri membawa baldi seta gelen untuk mengambil air.Yang uniknya, mereka ini sungguh berdisiplin dengan mengambil kira siapa yang datang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan, diamalkan apabila datang untuk mengambil air ini. Air ini juga menjadi punca rezeki kepada sebahagian penduduk kampung yang menjual air tesebut kepada pemilik kedai kopi yang berselerak di pasar Sebuyau. Selain daripada itu, pelancong-pelancong dari Jepun dan Korea pernah mengambil contoh air ini untuk dibuat kajian di negara masing-masing.
           Untuk mendaki Bukit Ruai ini, kita hanya perli menggunakan tangga. Sebanyak lebih kurang 980 anak tangga konkrit dengan gegalang susur tangan dibina untuk sampai ke puncak Bukit Ruai. Bukit ini juga ditempatkan Sistem Pemancar yang dikendalikan oleh Pihak Telekom Malaysia. Oleh itu sebelum mendaki BUkit Ruai ini, kita perlu memohon kebenaran daripada Syarikat Telekom Malaysia,Sebuyau(STM) terlebih dahulu kerana kawasan Sistem Pemancar ini merupakan kawaan larangan ini berpagar dan berkunci. Pihak STM akan memberi sedikit panduan apa yang patut / tidak patut dibuat di kawasan Sistem Pemancar tersebut yang juga dikawal oleh seseorang Pengawal Keselamatan.
           Apabila sampai di kemuncak bukit  Ruai kita berasa kerdil mengenangkan keindahan alam ciptaan Tuhan. Dari atas sana , terbentang luas Lautan China Selatan dan tercegatnya sebuah pulau yang diberi nama Pulau Burung. Selain menempatkan kubur orang-orang Islam terdahulu,Pulau Burung mempunyai lagendanya tersediri. Ia juga merupakan tempat persinggahan semntara perahu-perahu nelayan apabila musim gelora. Pada waktu-waktu awal 70 an dan 80 an, setiap kali menjelangnya Hari Raya, ratusan penduduk Sebuyau dari kawasan sekitarnya datang membanjiri Pulau Burung dengan niat seta tujuannya masing-masing. Ada yang datang semata-mata untuk menenangkan fikiran ,menziarahi kubur nenek moyang dan ada yang datang untuk menunaikan nazar di beberapa buah kubur yang dipercayai kubur keramat.
            Penulis pernah beberapa kali menjejak misteri di Bukit Ruai namun ekspedisi penulis bersama rombongan GAP(guru sukarelawan Bahasa Inggeris yang pernah menabur jasa dan bakti kepada anak-anak didik di SK Tuanku Bagus Sebuyau) ke puncak Bukit Ruai pada jam 3.00 petang Mei .15. 1999 bersantai sambil menikmati keindahan alam semulajadi meninggalkan pengalaman yang pasti menjadi kenangan.

7 comments:

  1. niCe wriTIng nIe...jUzt haVe 2 dOubLe cHeck uR sPellinG..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. saya juga mahu membuat sedikit kajian disana

    ReplyDelete
  4. Ada apa ya disana .. siapa ada jumpa harta karun berbentuk duit syiling lama , spt syiling bgambar naga dari china .. ada sy dpt sekeping org dari kg masjid jual dgn sy ..lupa sudah nama dia ...depan kedai aduka tu ...
    Jika ada jumpa syiling lama ..boleh jual dgn saya ..

    Pm wasap
    0196591027
    Zul ..

    ReplyDelete